Facebook

Wednesday 5 December 2012

Binaan Piramid Coklat Terbesar di Dunia

Tgh2 rehat sebentar terjumpa artikel nih....coklat piramid tuh..:) Dengar cetanye Institut Qzina telah mencipta rekod dengan membina binaan coklat tertinggi di dunia dengat berat sebanyak 18,239 pound (8.14 Tan) yang bersamaan dengan berat dua ekor gajah mengatasi rekod binaan coklat tertinggi pada tahun 2010 di Itali yang hanya seberat 10,736.5 pound (4.54 Tan).Institut Qzina ini menghasilkan binaan Piramid Kukulcan Tamadun Mayan.Sama seperti gambaran Piramid dalam filem Apocalypto. Tamadun Mayan adalah tamadun pertama yang memperkenalkan pokok koko sebagai penghasilan coklat. Dan pada waktu itu adalah menjadi traditional custom bagi mereka untuk worshiped pokok koko ini sebagai "food of the Gods". Dua orang individu penting dalam pmbinaan Piramid Kukulcan ini ialah Francois Melle yang juga seorag Chef Pstri di Institut Qzina dan MOF((Meilleur Ouvrier de France) Stephane Treand atau pembuat binaan terbaik di Perancis.Piramid Coklat Kukulcan ini hanya bersaiz setinggi enam kaki dengan tapak bersaiz 10x10 yang bersamaan 1:30 bebranding saiz asal Piramid Kukulcan.Piramid Kukulcan ini akan dipamerkan untuk tontonan umum di Institut Qzina di Irvine, California dan akan dimusnahkan pada tarikh 21 Disember 2012 iaitu tarikh kalender Tamadun Mayan berakhir. jum layan gambo




sumber http://busuk.org/ping/view/260121

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...